Photobucket

Friday, June 19, 2009

Finally...

Finally.. my letter reach MITI and MSC.. they called me this evening around 3 p.m. and ask me about my idea.. I hope they will help me by give me the fund that I need to start my idea of business… Insyaallah..

Monday, June 15, 2009

MuYas Advertising LOGO UPDATE - BETA

hey everyone.. i just make an update to my company logo..





Sunday, June 14, 2009

MuYas Advertising Update

finally... i just finish my letter about MuYas Advertising and i have send it to the investor who want to invest in MuYas Advertising.. Haha... I hope their feedback are good by the end of this month..


Tuesday, June 2, 2009

e-commerce & On-Line Affiliate Marketing Network



E-Commerce & On-Line Affiliate Marketing Network
(e-Dagang & Rangkaian Pemasaran Pakatan di Atas Talian)

Salam sejahtera.. saya muzz@mazu. Saya berumur 22 tahun dan saya nak buka serba sedikit tentang topik diatas..

sekarang ni, banyak business di internet banyak berjalan.. ada yang duk jual e-book(sistem e-lerning), e-commerce/e-dagang dan ada yang duk jual info pasal buat duit di internet...

kelebihan berniaga di internet ni banyak.. kerana perniagaan di internet bukan tertumpu di satu2 tempat akan tetapi ia tertumpu dibanyak tempat secara global...

ada segolongan pihak memanfaatkan kelebihan internet ini untuk tujuan memperkukuhkan perniagaan mereka akan tetapi ada pihak yg menyalahgunakan kelebihan internet ini untuk kepentingan diri seperti menipu semata2 untuk mengaut keuntungan yang tak berkat.. (kalau dah cerita pasal duit, berkat ke, x berkat ke sapu je..)

saya nak sentuh sedikit pasal topik asal diatas.. saya ingin memberi pendedahan yang lengkap mengenai e-dagang/e-commerce & On-Line Affiliate Marketing Network ini..

e-dagang ini merupakan satu perkhidmatan jual-beli di internet dimana syarikat menggunakan perkhidmatan ini bertujuan untuk membesarkan lagi maklumat mengenai produk atau servis mereka di internet dan secara lansung memberi kemudahan pembelian dan pembayaran secara on-line sama ada dengan menggunakan credit card/ debit card/ cash in bank atau western union... dan INGAT!!! e-commerce ni bukannya skim2 bodoh atau skim cepat kaya dan sebagainya...

e-dagang ni banyak kelebihannya.. syarikat mampu membuat satu2 perdagangan secara global dengan menggunakan internet.. dengan bermodalkan kecil, ia mampu memberi perkhidmatan pemasaran secara global tanpa mengunakan egen atau pihak ke-3...

sebelum user/pelanggan ingin menggunakan perkhidmatan e-dagang ini, user pertama sekali akan menyemak latar belakang syarikat yg menyediakan perkhidmatan e-dagang ni(untuk mengelakkan penipuan dan ditipu).. kalau user tak tengok, konpemlah user tu bodoh.. hahaha...

kat Malaysia ni, belum ada lagi badan2 kerajaan atau swasta mempantau perkhidmatan e-dagang ini.. disebabkan itu, ramai pihak yg tidak bertanggungjawab duk buat business tipu seperti skim2 cepat kaya dan sebagainya(mentang2lah org zaman skarang ni terdesak, mulalah nak buat kerja yg bukan2.. sumpah org yg teranyaya & dianyaya ni kabul taw)..

fikir2kanlah..


now, saya nak sentuh sedikit pasal On-Line Affiliate Marketing Network.

O-LAMN ni bukan skim cepat kaya k.. O-LAMN ni merupakan sebuah syarikat menghimpunkan syarikat2 yang menggunakan perkhidmatan e-dagang yg ingin membuat pengeklanan/ yg ingin mendapatkan bantuan perkhidmatan pemasaran secara on-line..

kebiasaannya, O-LAMN ni menyediakan perkhidmatan ROI/Return On Investment.. alah, macam google.com lebih kurang cuma, ROI yg diberi tidak akan membazir kerana Investment hanya perlu dibayar jika terdapat transaksi jual beli berjaya dilakukan... kebiasaannya, syarikat O-LAMN ni memberi transaksi jual beli kepada pelanggannya melebihi 10,000 hingga 500,000 transaksi jual beli dalam masa sehari!!!! bayangkan brapa banyak keuntungan syarikat yg menggunakan perkhidmatan e-dagang ini apabila syarikat tersebut melanggani perkhidmatan O-LAMN ni... bukan nak kata apa la.. mcm Google, dia org menggunakan perkhidmatan PCP dimana setiap click akan dikenakan bayaran.. kot setiap click tu ada jualan xpe gak.. ni belum tentu lagi bleh jual.. betul??? then, buat apa nak membazir???

O-LAMN ni menggunakan ROI berjenis C-P-A atau dikenali sebagai Cost Per Action dimana bayaran dikenakan pada setiap jualan... Jangan terperanjat tau.. biasanya O-LAMN ni mengambil minima 13% dari setiap jualan... haha.. jangan pening kepala k.. ni saya nak terangkan..

Konsep O-LAMN ni merupakan idea dari pengeklanan dimana moto "iklan dulu, bayar kemudian" digunakan.. bila dah moto mcm tu, syarikat yang menggunakan perkhidmatan O-LAMN ni dapat meningkatkan produk atau servis awereness mereka di internet dan transaksi jualan harian melebihi 10,000 sehari... Bagaimana???

ok, ni saya teranggkan.. Syarikat O-LAMN yg baru, kebiasaannya mempunyai lebih kurang 10,000++ ahli Publisher dimana Publisher ni merupakan web master atau freelance Advertisor yg tekun mencari duit/pasaran di internet.. Ahli2 publisher ini akan mengambil kempen2 seperti Affiliate Link@benner syarikat yg menggunakan perkhidmatan O-LAMN ini untuk ditempatkan dilaman web mereka.. kalau publisher ini merupakan seorg blogger, mereka akan promot affiliate link tersebut didalam blog mereka.. apabila user/pengguna click affiliate link tersebut, user tersebut akan dibawa ke laman web syarikat e-commerce tadi.. dan syarikat e-commerce tersebut perlu membayar syarikat O-LAMN ni jika user tersebut membuat sebarang belian...

buat apa nak advertise kat satu or dua web page dengan harga yg tinggi dengan tempoh yg sekejap..??? jika syarikat yg ada e-commerce menggunakan perkhidmatan On-Line Affiliate Marketing Network ini, mereka bleh advertise hampir 500,000++ laman web yg mempunyai page ranking yg tinggi pada satu harga dan hanya perlu dibayar jika terdapat sebarang jualan...

mana lagi untung... tepuk dada, tanyala selera sendiri...

Oleh disebabkan itu, saya Mazu merupakan pengasas dan CEO MuYas Advertising, ingin beri pendedahan yang benar dan tulen mengenai perniagaan di internet ini dan cara pengiklanan yg paling berkesan dan tidak membazir di internet...

sebarang pertanyaan @ cadangan, anda bleh hubungi saya di muzz_rexz2@yahoo.com / mazu@muyas-ads.com..

"Berkhidmat Untuk Negara Tercinta"

MaZu,
CEO of MuYas Advertising